Terma & Syarat
Kemas kini terakhir: 8 November 2026
Terma ini menerangkan syarat penggunaan laman web Minda Optima (Pantas Baca) dan borang permohonan slot penilaian.
1. Penggunaan laman
Dengan menggunakan laman web Minda Optima, anda bersetuju dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan laman ini.
2. Permohonan slot penilaian
Borang Mohon Slot Penilaian ialah permohonan, bukan tempahan yang disahkan. Tarikh dan slot kelas percubaan akan diberi berdasarkan kekosongan kelas, dan staf kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp untuk pengesahan.
Anda mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Pihak Minda Optima berhak menolak permohonan sekiranya terdapat maklumat yang tidak benar.
3. Booking kelas percubaan
Untuk mengesahkan slot kelas percubaan, bayaran booking sebanyak RM25 diperlukan. Caj pembayaran dalam talian (contohnya RM1) ditanggung oleh ibu bapa dan dipaparkan sebelum anda membayar.
Bayaran booking tidak akan dikembalikan, kerana slot dan guru telah dikhaskan untuk anak anda sebaik sahaja bayaran dibuat.
4. Maklumat pakej dan harga
Maklumat pakej, harga dan tempoh yang dipaparkan di laman ini ialah panduan umum. Butiran muktamad untuk anak anda akan disahkan oleh cawangan sebelum pendaftaran.
5. Hak cipta
Semua kandungan laman ini, termasuk teks, logo, gambar dan reka bentuk, adalah milik Minda Optima (Pantas Baca) melainkan dinyatakan sebaliknya. Kandungan tidak boleh disalin atau digunakan semula tanpa kebenaran bertulis.
6. Pautan ke pihak ketiga
Laman ini mengandungi pautan ke perkhidmatan pihak ketiga seperti WhatsApp. Penggunaan perkhidmatan tersebut tertakluk kepada terma dan dasar privasi pihak berkenaan.
7. Privasi
Cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda diterangkan dalam Dasar Privasi.
8. Perubahan dan undang-undang
Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
9. Hubungi kami
Lot 1029, Tingkat 1, Jalan Samudera Utama, Taman Samudra,
68100 Batu Caves, Selangor
Telefon/WhatsApp: +6012 542 6056
Emel: web@pantasmembaca.com
