Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 8 November 2026
Minda Optima (Pantas Baca) menghormati privasi anda dan anak anda. Notis ini menerangkan maklumat peribadi yang dikumpul melalui laman web ini, cara ia digunakan, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Maklumat yang kami kumpul
Bila anda mengisi borang Mohon Slot Penilaian, kami meminta maklumat berikut:
- nombor telefon WhatsApp anda;
- nama ibu/bapa atau penjaga;
- nama dan umur anak, tahap pengenalan huruf, tahap mengeja dan masalah pembelajaran yang anda pilih untuk kongsi;
- mod pembelajaran, cawangan, tarikh dan slot pilihan, bahasa serta pakej yang diminati.
Maklumat tentang anak diberikan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah. Sila jangan isi borang ini bagi pihak anak orang lain tanpa kebenaran mereka.
2. Bagaimana maklumat dihantar
Bila anda menghantar borang, jawapan anda disimpan dalam sistem Minda Optima supaya staf kami boleh menghubungi anda dan memastikan tiada permohonan tercicir.
Pada masa yang sama, jawapan anda disusun menjadi satu mesej dan dibuka dalam aplikasi WhatsApp anda. Mesej itu hanya dihantar apabila anda sendiri menekan butang hantar dalam WhatsApp, dan diterima oleh nombor WhatsApp ibu pejabat Minda Optima.
3. Tujuan penggunaan
Maklumat anda digunakan hanya untuk:
- menghubungi anda bagi mengatur sesi penilaian atau kelas percubaan;
- memahami tahap bacaan anak supaya cikgu boleh menyediakan sesi yang sesuai;
- menjawab pertanyaan anda tentang kelas dan pakej.
4. Pendedahan kepada pihak lain
Kami tidak menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda. Maklumat hanya dilihat oleh staf ibu pejabat Minda Optima dan staf cawangan yang anda pilih, yang menguruskan permohonan anda.
Mesej WhatsApp diproses oleh WhatsApp (Meta) mengikut dasar privasi mereka sendiri.
Jika anda membayar booking kelas percubaan, bayaran diproses oleh CHIP, gateway pembayaran kami. Kami hanya menerima status dan jumlah bayaran; maklumat kad dan akaun bank anda tidak disimpan oleh Minda Optima.
5. Kuki dan data teknikal
Laman ini menggunakan kuki sesi dan kuki keselamatan yang diperlukan untuk laman berfungsi dengan selamat. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
Seperti kebanyakan laman web, alamat IP dan maklumat pelayar anda mungkin direkod buat sementara untuk keselamatan dan untuk mengehadkan penyalahgunaan.
6. Hak anda
Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda berhak untuk meminta akses kepada maklumat peribadi anda yang ada pada kami, meminta pembetulan, dan menarik balik persetujuan anda. Hubungi kami melalui maklumat di bawah.
7. Hubungi kami
Lot 1029, Tingkat 1, Jalan Samudera Utama, Taman Samudra,
68100 Batu Caves, Selangor
Telefon/WhatsApp: +6012 542 6056
Emel: web@pantasmembaca.com
8. Perubahan pada dasar ini
Kami mungkin mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di bahagian atas halaman ini.
