Pusat Tuisyen Minda Optima

Solusi Skill Bacaan Anak Anda!

Ditubuhkan pada bulan Mei 1995 dan hingga sudah berusia hampir 28 tahun.  Dikenali sebagai Pusat Tuisyen Minda Optima Sdn. Bhd..  Telah mula beroperasi di Danau Kota dengan menjalankan program Metal Aritmetik, Glorious English, The Victoria Readers dan beberapa program tuisyen sekolah rendah dan menengah.

Mulai   tahun   1998, berpindah  ke  Taman  Samudra  dan banyak menumpukan  kepada  program-program 

perkembangan minda dan Bahasa. Antaranya ialah program PANTAS BACA dan kelas Bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sehingga kini tahun 2022, pihak Pusat Tuisyen Minda Optima Sdn. Bhd. lebih fokus kepada menyediakan kelas Bacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris memandangkan permintaan yang tinggi dari ibubapa dalam menyediakan program kemahiran membaca yang berkualiti untuk anak-anak mereka.

Cawangan

Pusat Tuisyen Minda Optima yang terletak di Taman Samudra, Batu Caves (Ibu Pejabat) juga mempunyai cawangan di:

SRI GOMBAK

No. 1A Jalan SG 3/14,
Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Gombak

TAMAN MELAWATI

Level 1, 251A,
Jalan Bandar 12,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur Selangor,

WANGSA MAJU

8-1 Jalan Wangsa Delima 6,
Seksyen 5, 53300
Wangsa Maju, Kuala Lumpur

SRI DAMANSARA

33-1, Jalan Tanjung SD 13/1
Bandar Sri Damansara, 52200
Kuala Lumpur

SELAYANG

1-1, Jalan Paragon Utama 1
Taman Paragon Utama
68100 Batu Caves, Selangor

SETIAWANGSA

2, Jalan AU 1a/4a,
Au 1, 54200
Kuala Lumpur

KL TRADER SQUARE

13A , KL Traders Square
Jalan Gombak
Kuala Lumpur

Pengasas

Diasaskan oleh Puan Zalma @ Rashida Bt Mamat yang mempunyai latar belakang  dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Beliau juga mempunyai Sijil Perguruan Asas dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Mendapat pendidikan di Institusi Bahasa, Kuala Lumpur (1990-2001).  Mempunyai Ijazah Sains Dengan Pendidikan (Biologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1997-2001).  Pernah terlibat secara aktif sebagai tenaga Pengajar Sempoa dan Mental Aritmetik dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, 1997-1998.  Juga merupakan Pembantu Pensyarah Utama bagi Kursus Abakus dan Mental Aritmetik Kementerian Pendidikan Anjuran Pusat Perkembangan Teknologi untuk semua Jurulatih Utama Jabatan Pelajaran Negeri, 2006-2007.

×
×

Cart